look carefully, readers.

Wednesday, May 27, 2015

Susahnya Nak Lupakan Dia by @adshf_

From tumblr

Assalamualaikum @adshf_, saya minta izin copy caption.
Syukran!

#Repost @adshf_

・・・
"Weh,susah betul nak lupakan dia."
Dia memulakan bicara.Keluhan dilepaskan.Dadanya sarat dengan bebanan.
Hanya kerna terus dihantui memori bersama yang sudah tiada.
Kadang-kadang;
Kita rasa susah nak lupakan seseorang,
Kita susah nak lupakan kenangan dengan mereka.
Kerna kita terikat dengan satu perkara--iaitu kasih sayang atau cintanya yang kita dah tak peroleh lagi.
Maksudnya;orang yang susah nak dilupakan ni adalah orang yang banyak mencurahkan kasih-sayangnya dekat kita.Dan kita dahagakannya bila kita keputusan bekalan cinta dan kasih sayang daripada mereka.sebab itu kita susah nak lupakan dia.
Dan cara untuk mengatasinya--
Adalah dengan menggali kembali cinta yang tak pernah kita terputus bekalan kasih sayangnya iaitu cinta daripada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya--dia tidak pernah lupa untuk mencintai dan mengasihi kita;hanya kita yang sering lupa dan leka daripada mencintai dan menyayangi Dia.

Awak,
Allah tak lemah atau tak menangis pun kalau kita tak mencintai dia kembali,
Sebab tidak terkira bilangan makhluknya yang lain termasuk malaikat yang taat dan sentiasa mencintai Allah,
Tapi--
Kita ini yang lemah tanpa cinta Allah.
Walaupun kita tak menangis dan tak ambil peduli tentang cinta Allah;
Ketahuilah jiwa dan diri kita menangis tanpa cinta Allah.

Alah apalah sangat cinta sesama manusia?
Manusia yang awak cinta itu pun mengharapkan bekalan cinta daripada Allah.
Maka,perlukah sesakkan diri dengan kenyataan "tak boleh melupakan dia." tu?
Redha.
Kalau qada' dan Qadr' menemukan awak dan dia dalam keadaan yang sangat baik dan diberkati,
Terimalah.
Kalau tidak,tak perlu menyesakkan diri dengan perkara-perkara silam.
Cinta itu fitrah manusia tapi--cinta Allah itu satu kewajipan.
Bukannya kita perlu lupakan kenangan 100% secara drastik.
Bukannya kita tak boleh merindui mereka,
Tapi,
Jangan disebabkan perkara itu; kita lalai dan tak bersemangat untuk mengabdikan diri kepadaNYA.
Jangan disebabkan kita tak boleh lupakan mereka;kita asyik hanyut dalam dunia sendiri sampai solat terbabas,hidup rasa tak nak diteruskan.
Masyaallah.

Adshf
12/12/14

OP: @tumblr
#pahalaproject #thedaiegraphy #dakwahmudah #thepuisidaie

No comments: