look carefully, readers.

Wednesday, May 27, 2015

Susahnya Nak Lupakan Dia by @adshf_

From tumblr

Assalamualaikum @adshf_, saya minta izin copy caption.
Syukran!

#Repost @adshf_

・・・
"Weh,susah betul nak lupakan dia."
Dia memulakan bicara.Keluhan dilepaskan.Dadanya sarat dengan bebanan.
Hanya kerna terus dihantui memori bersama yang sudah tiada.
Kadang-kadang;
Kita rasa susah nak lupakan seseorang,
Kita susah nak lupakan kenangan dengan mereka.
Kerna kita terikat dengan satu perkara--iaitu kasih sayang atau cintanya yang kita dah tak peroleh lagi.
Maksudnya;orang yang susah nak dilupakan ni adalah orang yang banyak mencurahkan kasih-sayangnya dekat kita.Dan kita dahagakannya bila kita keputusan bekalan cinta dan kasih sayang daripada mereka.sebab itu kita susah nak lupakan dia.
Dan cara untuk mengatasinya--
Adalah dengan menggali kembali cinta yang tak pernah kita terputus bekalan kasih sayangnya iaitu cinta daripada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya--dia tidak pernah lupa untuk mencintai dan mengasihi kita;hanya kita yang sering lupa dan leka daripada mencintai dan menyayangi Dia.

Awak,
Allah tak lemah atau tak menangis pun kalau kita tak mencintai dia kembali,
Sebab tidak terkira bilangan makhluknya yang lain termasuk malaikat yang taat dan sentiasa mencintai Allah,
Tapi--
Kita ini yang lemah tanpa cinta Allah.
Walaupun kita tak menangis dan tak ambil peduli tentang cinta Allah;
Ketahuilah jiwa dan diri kita menangis tanpa cinta Allah.

Alah apalah sangat cinta sesama manusia?
Manusia yang awak cinta itu pun mengharapkan bekalan cinta daripada Allah.
Maka,perlukah sesakkan diri dengan kenyataan "tak boleh melupakan dia." tu?
Redha.
Kalau qada' dan Qadr' menemukan awak dan dia dalam keadaan yang sangat baik dan diberkati,
Terimalah.
Kalau tidak,tak perlu menyesakkan diri dengan perkara-perkara silam.
Cinta itu fitrah manusia tapi--cinta Allah itu satu kewajipan.
Bukannya kita perlu lupakan kenangan 100% secara drastik.
Bukannya kita tak boleh merindui mereka,
Tapi,
Jangan disebabkan perkara itu; kita lalai dan tak bersemangat untuk mengabdikan diri kepadaNYA.
Jangan disebabkan kita tak boleh lupakan mereka;kita asyik hanyut dalam dunia sendiri sampai solat terbabas,hidup rasa tak nak diteruskan.
Masyaallah.

Adshf
12/12/14

OP: @tumblr
#pahalaproject #thedaiegraphy #dakwahmudah #thepuisidaie

Tuesday, May 12, 2015

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku dapat 7A 2B.

  • Bahasa Inggeris A-
  • Bahasa Melayu A
  • Mathematics A+
  • Pendidikan Islam A+
  • Sejarah A-
  • Add Maths A
  • Chemistry A-
  • Biology B+
  • Physics B
Aku tak expect dapat results macam ni, sebab lepas jawab papers, rasa susah sangat, terus target rendah. Alhamdulillah, He made this easy for me. Sekarang, all these are not a matter anymore. I have to move on. Ada bright future menanti aku. Insya Allah.

Ok meh nak cerita siket.

Malam before dapat results, hati rasa berat sangat. Taktahu kenapa. Macam aku cakap, papers susah dan aku tak yakin aku boleh score ke tidak. I cried after solat. Aku pergi dekat mak.

Mak tanya, "Ni dah kenapa ni?"
"Ta...kuuuuuuut!" *terus jatuh air mata* sambil sorok muka. Addin(adik) dah mengejek dah.
"Awak nak takut apa? Tu kan usaha awak selama ni. Mak suruh belajar, tidur. Benda dah ada dah. Doa banyak-banyak. Tak guna dah menangis."

Mak memang macam tu. Dah biasa dah. Itulah kata-kata semangat dan dorongannya. Berkat doa mak jugalah aku macam tu.

Lepas mak cakap macam tu, aku sambung menangis atas peha mak. Berlapikkan telekung yang dipakai mak. Habis keluar semua hingus hehehe. Malu.

Keesokan harinya, hari ambil keputusan spm. Aku masuk kereta dengan perasaan cuaknya dan berdebar-debar. Aku ingat lagi, on the way nak ke sekolah, kereta atas jalan, di bukit sekolah kebangsaan jalan empat, handphone mak berbunyi tanda  mesej masuk. Aku duduk di kerusi belakang. Aku perhati henfon mak. Heol!

"Mak check???!?!?! Kenapa mak check?!?!?!" sambil terharu dan terkejut. Dalam hati, 'alhamdulillah! alhamdulillah'
Abah tanya, "Ha berapa?"
Mak jawab, "7A 2B. Alhamdulilllah la." She seems like she was happy but she didn't show it.
Abah, "Alhamdulillah"
Tetiba aku mencelah, "Rasa nak buat sujud syukur dalam kereta"

Aku ni jenis kalau dah keluar air mata malam, dia tak keluar siang dah. Cewah. Ya, aku tak nangis haritu kat sekolah sebab dah puas meraung kat mak. Sama macam time ambik upsr punya result. Ingat lagi malam tu lepas isya' berjemaah, aku menangis takut. Abah said the same things.

After the rresults day, bermulalah cerita 'nak ambik kos apa' etc.

Oh ha! Kawan mak pernah congratulates me. Nak tahu dia cakap apa?
"Hebatlah qilah. Tidur pun boleh dapat 7A!" Astaghfirullahal'azim. Ni mesti mak banyak cerita benda tak senonoh pasal aku kat makcik ni. Aku pun, gelaklah "alhamdulillah ha ha ha ha"

---

During this long break, I attended some talk for post-spm/matriks/foundation/stam/asasi students. One of 'em is yadim's event. Ada Dena Bahrin. She's a humble and very small lady as u can see on her ig's photos. Nak share beberapa video from her talk yang aku rasa sangat penting. Enjoy!


Pain is part of being young



I can't recall which episode is this from but surely I can remember from which scene.

The scene is where the father is talking to his youngest child- Dalbong when he was soooo depressed about his life was not doing well. His noona(older sister-- well, he only have one sister) and hyung(brother-- his one and only) are doing great with their life. 

Got a great job. The noona is a chief secretary of a company while the hyung is a doctor/specialist in Cancer Department in a hospital. Dalbong is the only one who still not unemployed. According to Dalbong, (I can't recall the episode either!) he wants to be like his father-- selling tofu. We can just say he want to be businessman, right? The father is a role model to him. 

To be like the father-- Dalbong's father obviously rejected it! why would Dalbong become like him who is selling tofu to support the life of the kids and his.


Ooops, seems like I'm giving a spoiler to those who are still not watching the drama. Mianhae.

So, the father consoled him by saying-- the picture above.

----

Oh God, I miss blogging! But I seems lack of ideas what to write and so on. hmm 
I should've making some sort of draft or something. It's been a long time without blogging.

----

5 bulan. 5 bulan aku meluangkan masa di rumah. Buat apa? 

Sebulan pertama,
excited sekolah dah habis. The feelings goes on sampai bulan ke 3 mungkin.
Lepas tu masuk bulan seterusnya, kita rebel la apa lagi.

Cerita post-spm break
Aku duduk rumah. Kemas rumah, lipat kain, jemur baju, basuh pinggan, kemas pinggan etc. Ya, ini lumrah. Tak banyak benda boleh share. 

January-May
"Nak sambung belajar mana nanti?"
"Apply mana?"
"Buat apa kat rumah?"
"Nanti nak buat apa?"
"Nak ambil kos apa?"

*korek telinga* 

Soalan biasa didengari tak kisahlah dari family ke relative ke kawan mak kau ke kawan abah kau ke kawan kakak kau ke kawan adik kau ke, it's everywhere. Kalau yang dah pasti jalannya-- katakan dia nak jadi doktor, yup s/he will choose medic/science course to pursue his/her study. Kalau yang tak pasti, rasa macam "Alaa aku taktahu lagi nak jadi apa. Nampak macam semua best je" ya dia akan teragak-agak untuk memilih. Besar kemungkinan waktu apply upu tu tangannya menggigil-- sebab mak ada di sebelah dok perati kau teragak-agak nak pilih, pastu kena se-das bebelan sebab mak kau ngantuk nak tidur.

Aku rasa aku jenis yang pertama-- dah tahu nak apa, dan yang kedua-- tapi taktahu nak jadi apa. Aku, kalau boleh nak sambung maths. Taknak dah hadap biology. Penat membaca dan menghafal. Sebab aku jenis yang takboleh nak hadam sangat fakta. Biology is really not thing but I can go with it. 

Waktu apply upu, dah tak fikir apa dah. First choice mesti Asasi Sains Uitm. Second choice, Tesl. Third choice, Asasi Sains Fizikal UM. I chose that because my father asked me to and I thought about that wisely; until now. Asasi Sains tu luas, Aku boleh pergi mana aku nak if I work hard and work smart to get 4flat-- nampak gaya macam taktahu nak apa en.

Tapi, most of the family suruh jadi guru. Tunggu keputusan ipg. Lambat sungguh! Kata haritu serentak. Keputusan upu keluar dulu...keputusan ipg keluar by the end of May. Kalau dapat course maths, insya Allah pergi. I really want that. Aku ketepikan karenah aku yang tak suka budak-budak(y'know kids are annoying as they growing up learning so many things and the moment they start to talk back to you ugh). Perasaan terhadap kanak-kanak boleh dipupuk, insha Allah. Minat aku yang mendalam terhadap maths buat aku keliru-- sama ada nak pilih uitm (Alhamdulillah aku dapat Asasi Sains Uitm) atau tunggu ipg. Rasa nak menangis je bila dilemma camni.

Dulu merengek tak dapat buat pilihan sendiri. Segala benda macam baju kurung, tshirt, sweater, tudung, semua mak kau decidekan apa jenis fashion yg kau patut pakai.
Sekarang bila dah kena buat pilihan, baru tahu betapa susahnya untuk buat pilihan.
Sekarang, pilihan di tangan sendiri. Bila tanya mak abah pun, diorang akan jawab, "awak fikir la sendiri. Ni untuk masa depan awak. Takkan semua mak abah nak fikirkan. Takkan semua mak abah nak suapkan." Jadi, pilih yang terbaik buat diri sendiri. Kalau konfius sangat, buat istikharah. Masalahnya, nak bangun tahajud pun malas. Jangan kata tahajud, solat fardhu pun dilambat-lambatkan.
Aduh! Kalau malas, apa pun tak jadi, tahu tak?! *luku diri sendiri*

ok kembali, mak cakap, masuk je Uitm dulu. Kalau ada rezeki dapat ipg, baru pergi. Ya, aku hanya akan pergi kalau ada rezeki, kalau dapat apa yang aku nak. 

Next post, kita cerita pasal keputusan spm pulak ya.

P/s: Post kali ini tidak disusun dan diolah dengan baik. Harap awak yang membaca(tu pun kalau ada yang sudi baca) faham la ya? Maklumlah, dah lama tak ber-blogging.