Welcome To 'Aqilah Najwa's Blog. This girl is just another girl who is trying to change herself better than she was back then. I'm chasing for the hereafter love. Well, lets chase the jannah and Allah's love together :) .

Sunday, April 29, 2012

Tips dari Kak Adah the Freak.

Assalamualaikum.
Kalau awak baru je lepas break up, kena dump dengan boyfriend, kena tipu dengan boyfriend, boyfriend curang dengan awak, boyfriend abaikan awak, boyfriend kantoi dah ada bini. Adah ada tips ni, originally dari kepala otak adah. Dan for your information, adah dah lalui dan adah buat semua tips ni berdasarkan pengalaman. And it works. Sebab tu adah kongsikan, InsyaAllah korang dapat manfaat. Tak banyak, sikit pun jadilah. Hihihi. Enjoy reading.



1. Sabar.
Assobru minal iman. Sabar itu separuh dari iman. Fikir dulu. Jangan bertindak bukan bukan. Jangan ambik pisau belah dada. Jangan ambik gunting, potong nadi. Jangan pernah terfikir pun nak terjun KB Mall. Nauzubillah. Fikir dulu. Tenangkan hati. Sabar. Anggap semua ni satu dugaan dan ada hikmah kenapa semua ni terjadi.


2. Berdoa.
Jangan waktu sedih je baru nak berdoa. Setiap waktu kalau boleh, doa. 24/7 doa. Barulah doa dimakbulkan. Dan kenalah ikhlas berdoa lillahi taala. Bukan sebab nak hilangkan kedukaan tu semata. Kalau hati sebak, hati rasa tak tenang, duduk baca yasin. Hayati yasin tu.


3. Berhenti jadi stalker.
Tipulah korang tak stalk kan? Alasan nak ubat rindu. Tapi sebenarnya awak nak tahu, dia ada ke tak fikirkan awak. kan?


4. Luahkan.
Cari kawan untuk dibawa berbual. Borak sikit pasal hal tu, minta pendapat dari kawan tu. Cari kawan yang matang. Jangan cari kawan yang akan buat korang makin stress. Jangan cari kawan yang akan cakap "Tulah aku dah cakap lelaki tu memang tak guna." No. Jangan burukkan lelaki tu walaupun apa yang dia buat memang keji. Kadang kita tak fikir, perangai kita. Betul ke kita 24 jam menjaga hati dia, (lelaki tu) ?


5. Muhasabah diri dan optimistik
Kenalah selalu optimistik. Fikir. Kenapa Allah jadikan hal ni macam ni? Kenapa Allah menduga kita? Well, ever heard of the quote 'Jangan berharap pada seorang manusia, sebab manusia tu akan meninggalkan kita satu hari nanti. Tapi berharaplah pada Allah. Allah takkan pernah tinggalkan kita. Dan tak pernah hampakan kita.' Kehilangan. Ditinggalkan. Perpisahan. Itukan lumrah hidup manusia. Think of the brightside. Dah tak couple, makin kuranglah dosa. Kuranglah peluang untuk melakukan maksiat. Betul tak?


6. Jaga maruah.
Lepas dah broke up, jangan pernah awak jatuhkan maruah sendiri. Jangan pernah buat 'saya single. jom couple?' Jadilah seorang wanita yang mahal harga dirinya. Jadilah wanita yang menjaga maruah dirinya. Dan jangan terpedaya dengan tipu helah lelaki. Cukup sekali awak terpedaya dengan kata kata indah seorang lelaki tu. Tahu kan macam mana rasa sakit bila janji seorang lelaki tak ditunaikan? Sakit kan? Jadi what we need to do is wait. Tunggu tiba waktu yang sepatutnya. Jodoh Allah itu pasti. Jangan ragu-ragu. Allah takkan memungkiri janji.


7. Be happy.
Jangan pretend awak happy. But you have to be really happy. Pergi jalan-jalan dengan keluarga. Berseronok dengan kawan-kawan. Sekali sekala buat Girls Day Out. Kalau tiba-tiba hati dapat rasakan sedih tu, istighfar. Urut dada, kata pada hati 'yang sudah tu sudahlah.' Sebut nama Allah banyak kali dalam hati. InsyaAllah rasa sedih tu akan hilang perlahan-lahan. Okay?


8. Jangan pernah lupa Allah.
Once dah dapat kebahagiaan awak semula. Dah takda rasa sedih. Hati dah pulih. Jangan pernah lupakan Allah. Makin jauh kita dengan Allah, makin jauhlah Allah dengan kita. Letakkan Allah dalam hati. Dia yang paling layak berada dalam hati dan pemikiran kita. Jangan lupa, siapa yang hilangkan kedukaan awak tu. Allah kan? Jangan lupa siapa yang bantu awak, tabahkan awak, makbulkan doa awak. Allah kan?


9. No rebound relationship.
Jangan gunakan lelaki lain untuk hilangkan rasa sedih. Jangan gunakan lelaki lain untuk balas dendam dalam hati awak tu. Jangan permainkan hati orang lain. Fikir. Hidup ni macam roda, kalau awak mainkan hati orang, later orang akan mainkan hati awak. Mungkin, siapa tahu lelaki yang awak gunakan tu akan sayangkan awak sangat-sangat. Dan awak tak dapat nak sayang dia sebab niat awak cuma untuk permainkan hati dia. Bukan untuk betul-betul sayangkan dia. Faham tak? hahahaha :3


10. Teruskan hidup.
Apa yang penting, teruskan hidup. Jangan toleh belakang lagi. Sekali sekala toleh belakang takpa. Toleh kejap untuk tengok mistake kita yang sebelumnya dan perbaiki kesilapan tu. Jangan ulang lagi kesilapan yang sama. Lebih baik, teruskan hidup dan tunggu bakal suami awak datang meminang. Betul kata orang, bercinta lepas kahwin lagi seronok. Pahala pun dapat. 
Sorry for copy-ing it without permission, sis :)
Post a Comment