Assalamualaikum
Penghargaan |
For more infomation, visit Dr Cinta Punye Blog :)
"Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah." Bingkisan Part 1.
"Bakal zaujku,Bukan aku tidak mahu mengenalimu siapa. Aku tahu, Allah telah memberikan tarikh waktunya. Namun, aku khuatir, jika aku mengetahui siapa kamu secepatnya, bimbang aku tak mampu menjaga hati. Terkadang aku merasakan aku punya dua personaliti. Itu yang ku takuti. Bimbang personaliti memakan diri. Memusnah diri. Kadang orang senang dengan ku, kadang ada juga yang kurang senang denganku atau juga mungkin ada cakap-cakap kurang manis dibelakangku yang mungkin aku tidak tahu. Aku tahu, kamu tidak mampu membantuku, kerana kamu masih belum kenal siapa aku. " Bingkisan Part 2.
"Terngiang-ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti aku terharu jika engkau tujukan lagu ini buatku kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. " Bingkisan Part 3.
No comments:
Post a Comment