look carefully, readers.

Monday, November 26, 2012

"Lelaki Seperti Aku"


Masih wujudkah lelaki seperti ini?Lelaki yang dicari untuk dijadikan suami,pembimbing pada setiap wanita?Siapakah si dia?
10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan sholat pada aw
al waktu. Auratnya juga senntiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu kesehariannya.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rekan pergaulan yang baik. Rekan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapaknya.

10. Wajah yang tenang,Apabila berucap hati-hati dg kata2nya,.

Semoga bermanfaat
Salam Ukhuwah Fillah :)
Credits: Kak Dya Mohamad

Monday, November 19, 2012

Great moment

The feeling:

Discuss dengan kawan-kawan benda yang kita taktahu adalah benda yang terindah terutama sekali when it comes to the topic about Islam :')

Allahuakbar.
Subhanallah.

Memang tak terkata.

Sunday, November 18, 2012

Aku yakin dengan "Palestine tomorrow will be free"


Assalamualaikum. Di saat kita sedang bergembira, bersuka-ria.....saudara kita di sana berjuang. Aku rasa bersalah. Ya, selama ni tak pernah rasa macam ni............

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil mnyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordan. Ketika di Jordan beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongan tabligh Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. 
Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yg dia lakukan tadi. 
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yg hadir solat subuh di masjid,” kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya “Kenapa?” Dia pun menjawab “Di dalam kitab kami ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yg hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dgn jumlah jemaah solat jumaat, maka saat itu Israel akan hancur.” Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yg datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami.” 
#tanya diri kita,jujur dengan diri kita,cukup ke dengan cuma berdoa di fb dapat hancurkan israel?
 

Kalau berdoa di fb dalam masa yang sama tidak tinggalkan cara berdoa di luar fb seperti yang ditunjukkan rasulullah dan jaga solat 5 waktu berjemaah di masjid(bg lelaki) maka itu terkecuali,tapi jujurlah berapa banyak yang hanya 'sedih' dan 'doa' di fb tanpa melakukan perkara yang sepatutnya? 
Israel tidak dapat dihancurkan dengan boikot,maki-makian dalam fb,derma dan status-status sedih dalam fb,perkara itu mungkin nampak baik tapi hakikatnya tidak membantu kerana bantuan sebenar ialah daripada allah..bila kita doa kpd allah dgn cara yang betul spti yang nabi ajar dan jaga amalan2 soleh kita,israel akan hancur dgn sendirinya..lihat sendiri bagaimana allah hancurkan musyrikin dlm perang badar?bukan duit derma yang hancurkan mereka,bukan senjata yang hancurkan mereka,bukan tentera sahabat yang hancurkan mereka..tapi allah sendiri hantar tentera malaikat hancurkan mereka melalui berkat kesabaran dan DOA YANG SAHIH dari nabi dan sahabat serta menjaga amal2 yang soleh...... 
saya faham perangai manusia yang suka perjuangan dalam kemewahan akan mencela sy kononnya sy mengkritik usaha mengutip derma utk palestin,memboikot produk yahudi,berdoa dan status sedih2 dlm fb ttg palestin..tidak,tidak,tidak..teruskan usaha itu,yang saya ingin nyatakan ialah JANGAN TINGGALKAN USAHA YANG PALING BAIK YANG DIAJAR RASULULLAH......hari ni kita solat di masjid pun tak,solat duha tak jaga,solat tahajud tak jaga,jauh sekali nak baca quran,tapi kita share gambar palestin,tulis status2 jihad,status2 ttg palestin dan merasa diri telah 'melakukan sesuatu'?celaan kepada golongan itu yang saya maksudkan.. 


#Muhasabah Kembali - Ayuhhh - Buat Mereka Gentarr Dengan Kite :'(
P/S: Sejak aku join #TeamHijrah , aku dapat merasakan kebahagiaan. Kebahagiaan jiwa.

Ya Allah, bantulah kami. Kuatkan Palestin. Jangan kau lemahkan semangat jihad mereka. Amin Ya Rabb :'(