look carefully, readers.

Saturday, August 3, 2013

Matlamat Hidup.

Bismillahurrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku sihat. Lama jugaklah tak update blog ni. Terasa rindu. Ceh.

Pemilik


Semua yang ada kat sini mesti ada matlamat hidup kan?
Kita semua sebenarnya, Allah dah tetapkan, matlamat hidup kita. 
Tujuan kita hidup. 
Tujuan kita diciptakan. 
Tujuan kita dilahirkan.

Allah stated dalam Al-Qur'an, surah Al-Baqarah ayat 30;

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"
Okay.  Siapa tahu apa maksud khalifah? Ya. Khalifah itu pemimpin.
Khalifah itu juga bermaksud pengganti (Rujukan: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4).
Bukan tu je. Allah habaq mai lagi dalam surah Al-Dzariyat.

So, daripada ayat-ayat cinta tadi, Allah bagitahu, tujuan kita hidup selain menjadi khalifah, kita juga perlu menjadi hamba. Khalifah dari konteks agama bermaksud: tanggungjawab memelihara kemurnian Islam yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dan tanggungjawab mengekalkan keharmonian  dan kestabilan umat Islam.

Fuhhhhhh.

*betulkan spek*

Macam mana nak jadi khalifah dan hamba?

Belajar.
Balik ke pangkuan Pencipta.
Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Macam mana nak tahu benda tu Allah suruh ke larang?

Belajar.
Al-Qur'an yang menjadi GPS hidup.
Al-Hadith yang menjadi panduan.

Jadi hamba ni bukannya hobi.
Hobi kan kita buat time ada masa lapang?
Jadi hamba must be twenty four-seventh.
Dua puluh empat jam, tujuh hari.
24:7

Bukannya Max 24:7. Heh.

Tapi, bukanlah suruh duduk atas sejadah 24:7 sampai lupa yang kau tinggal atas bumi yang penuh dengan manusia lain. Bukan kau sorang je yang hidup kat bumi ni.

Kerja sebagai khalifah jangan terbengkalai. Dengan berkata, "Eh sebab akulah dia berubah!" Sorry, kau bukan Tuhan. Tolong jangan perTuhankan diri sendiri. Jangan kufur hakikat. Jadi hamba sebegini, lebih rendah tarafnya daripada haiwan. Serius.

Menjadi hamba dan khalifah kena seimbang.  Baru mencapai tahap equilibrium!

Kita mesti taknak jadi macam pensel yang ada guna, tapi jadi tak berguna . Disimpan di dalam almari, tanpa faedah. Buat semak. Tak nak kan? Masih tak faham? Okay meh sini.

Katakanlah,
adik kau ada duit lebih. Menabung konon. Dia beli 40 batang pensel. Bila ditanya nak buat apa banyak-banyak pensel, "Nak simpan dalam almari" katanya. Pastu korang nampak, pensel-pensel tu dah bertaburan. Bersepah. Di ruang tamu. Di bilik. Celah sofa. Celah microwave. Belakang tv dan sebagainya. Mesti ada rasa macam, "Ish!!!!!!!!! Semak ah!!!!!!! Membazir je beli."

Kaitannya,
kita taknaklah jadi semak kat atas muka bumi ni kan?

So, let's amar makruf nahi munkar. Berusahalah untuk hidup dan mati kerana Allah.
Jalan ni memang senang di sebut, tapi menjadi cabaran untuk diamalkan.

Even, tujuan kita ke tandas pun,m kena niat kerana Allah, sebab Allah tak larang kita buang air besar. Sebab kita ni khalifah. Kenapa kena buang? Sebab nak menjalankan tugas. Eh

Tajdid niat, "Tujuan aku buat ________ sebab aku khalifah. Aku hamba. Aku nak pimpin ummah. Aku nak bersama-sama mereka di syurga. Aku taknak masuk syurga sorang-sorang. Tak best. Boring. Aku cinta mereka kerana Allah"

"Bila buat something tu kerana Allah, apa yang kita buat tu penuh makna"

Thursday, December 13, 2012

Result PMR.

Bimillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Hai kawan-kawan. Apa khabar? Hmmm, aku sihat. Hahaha cuma hati ni luluh sikit. Sedih. Kenapa? Oh kejap ya.

Saja aku buat X-tra Large. Tengoklah. #SajaNakBagitahu
Yang jadi masalahnya sekarang ni...19hb tu aku ada di Indonesia. Yeah. Sedih jugaklah. Tapi apa nak buat. Dah takdir. Allah mungkin sudah mengaturkan something yang lebih baik.

Yang dilihat & diukur bukanlah sejauh mana usahamu...
Tapi yang diharap sejauh mana tawakkalmu..
Percaya nan jitu ...Pergantungan padaNya..
Tapi tidak bermakna pula tidak perlu berusaha..
Usahalah semampumu...tapi jangan sesekali berakidah
bahawa banyaknya usahamu ..penentu kejayaan..

Tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALMU itu padaNYA...
Itulah penentu kejayaan..
Kejayaan bukan milik sesiapa
Tetapi adalah milik ALLAH..
Jadi selayaknya hendaklah dikau pohon daripadaNYA semata-mata..
Maka tinggallah rasa duka semampumu..
Kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah..hilang pedoman..
Kelmarin ALLAH telah menolongmu..Maka percayalah DIA tetap akan menolongmu..Rabbana YASSIR..
Allahuakbar .

Monday, December 10, 2012

30 Fakta Tentang Wanita #1



‎Assalamualaikum.


30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
____________________________________________________________
**TO BE CONTINUE**